Breaking News

Video Lucu Bengah Dan Afiatul, Bukti Kasih Sayang Abang Kepada Adik

"Kadang-kadang sedih juga, tapi rasa inilah kelebihan yang Allah bagi kepada kita yang kurang ni"

Sikap keperihatinan dan penyayang seorang abang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa pernah menjadi bualan Facebook suatu ketika dahulu.
Aksi mencuit hati dua beradik ini benar-benar menarik perhatian pengguna media sosial dengan gelagat si abang yang suka menyakat adiknya.
Dikenali sebagai 'Makhlok Macho' di laman sosial, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari kini semakin dikenali di laman sosial kerana sering menghasilkan video bersama adik istimewanya iaitu Afiatul Salsabila.

Beliau sering menonjolkan sikap kasih sayang dan keprihatinan seorang abang kepada seorang adik melalui gambar dan video-video yang dihasilkannya.

Baru-baru ini, satu video #MannequinChallenge yang dihasilkan beliau bersama adiknya itu mendapat perhatian netizen kerana dianggap sangat lucu dan menghiburkan.


Dalam caption video tersebut, Bengah menyebut:

"Bengah buat #MannequinChallenge dengan Afiatul. 3 saat je jadi selebihnya jadi #MehMakanChallenge . degil. susah dia nak duduk diam. Kalau kiut share la."